Nuffnang

Monday, September 22, 2008





Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies ):

250gm cornflakes (kotak kecil)
125gm butter (1/2 buku)
1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
5 sudu makan madu/golden syrup
manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter.
  2. Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu/golden syrup.
  3. Adun sampai rata.
  4. Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 min atau sampai dasar kekuningan

Biskut Coklat Chips





Bahan-bahan:

180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang

Cara-cara:

  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2).
  6. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan ke atas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.
  7. Boleh tambah badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu) sebagai bahan tambahan.

Biskut Mama Carries




Bahan-bahan ( 50 Biji ) :

250g mentega
350g tepung gandum
100g gula aising
150g tepung jagung
1 camca teh esen vanilla

Bahan untuk Topping :

125g gula aising
1/2 putih telur
1/2 sudu teh tepung jagung
emulco yg digemari ( sy guna strawberry & pandan emulco)

Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula aising. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga gebu.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
  3. Terap doh setebal 1/2cm menggunakan cookie cutter yg disukai.
  4. Susun biskut di dalam tray yg telah dialas dengan kertas minyak.
  5. Sapukan topping diatas biskut (boleh guna jari untuk hasil yg baik)
  6. Kemudian, hiaskan topping dengan emulco kegemaran anda.
  7. Bakar pada suhu 150 C selama 17 - 20 minit.
Cara membuat Topping :
  1. Campurkan kesemua bahan2 diatas dan kacau sehingga sebati.

Kuih Raya : Almond London

Bahan bahan:

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat masakan

Cara :

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang di dalamnyer.
  7. Letakkan di atas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Tuesday, September 9, 2008

Cucur Udang

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 3/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji cili merah – jika suka (cincang halus/tumbuk kasar)
Ikan bilis/udang kecil/udang kering - pilih satu atau semua jika suka (tumbuk kasar)
Bawang merah/besar - jika suka (dimayang)
Daun bawang/taugeh/lobak merah – jika suka (karot dimayang halus atau diparut)

Cara:

1. Bancuh semua bahan kecuali gandum
2. Kacau hingga nampak sedikit berbuih.
3. Masukkan gandum semua sekali.
4. Sebatikan dan siap untuk digoreng.
5. Makan bersama dengan sos

Biskut Arab

Bahan-bahannya:

1 peket tepung gandum
1 cawan tepung susu ( penuh kirim )
1 cawan gee
1 cawan planta
3 cawan gula yang dimesin halus

Caranya:

1. Tepung gandum digoreng terlebih dahulu sehingga kekuningan jgn terlalu garing.
2. Ayak tepung gandum tadi, masukan tepung susu dan gaulkan.
3. Masukkan sikit demi sedikit gee (minyak sapi) dan planta gaul sehingga ia menjadi doh. Sekiranya doh tidak cukup lembut boleh tambahkan gee atau planta.
4. Kemudian buat bentuk bulat dan bakar lebih kurang 10-15 minit (ini kerana
tepung tadi telah digoreng) sehingga ia masak.
5. Keluarkan dari oven dan terus masukkan ke dalam gula yang telah dimesin (serbuk). Gaulkan ia semasa masih
panas.

Cekmek Molek









Bahan-bahan ( 12-13 biji )


2 cawan ubi keledek (yg telah direbus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.