180gm mentega/marjerin 90gm gula castor 100gm gula perang 1 sudu teh esen vanila 2 biji telur 200gm tepung naik sendiri 160gm tepung gandum 1 sudu teh soda bicarbonate 1/4 sudu teh garam 100gm coklat chips 120gm badam cincang Cara-cara:
Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan ke atas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Boleh tambah badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu) sebagai bahan tambahan.
3 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 3/4 cawan air Garam secukup rasa 1 biji cili merah – jika suka (cincang halus/tumbuk kasar) Ikan bilis/udang kecil/udang kering - pilih satu atau semua jika suka (tumbuk kasar) Bawang merah/besar - jika suka (dimayang) Daun bawang/taugeh/lobak merah – jika suka (karot dimayang halus atau diparut)
Cara:
1. Bancuh semua bahan kecuali gandum 2. Kacau hingga nampak sedikit berbuih. 3. Masukkan gandum semua sekali. 4. Sebatikan dan siap untuk digoreng. 5. Makan bersama dengan sos
1. Tepung gandum digoreng terlebih dahulu sehingga kekuningan jgn terlalu garing. 2. Ayak tepung gandum tadi, masukan tepung susu dan gaulkan. 3. Masukkan sikit demi sedikit gee (minyak sapi) dan planta gaul sehingga ia menjadi doh. Sekiranya doh tidak cukup lembut boleh tambahkan gee atau planta. 4. Kemudian buat bentuk bulat dan bakar lebih kurang 10-15 minit (ini kerana tepung tadi telah digoreng) sehingga ia masak. 5. Keluarkan dari oven dan terus masukkan ke dalam gula yang telah dimesin (serbuk). Gaulkan ia semasa masih panas.
2 cawan ubi keledek (yg telah direbus dan dilecek) 1 cawan tepung gandum gula minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut 2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat. 3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya. 4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. 5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.