Nuffnang

Monday, October 1, 2007

Kuih Raya : Tat Nenas Gulung

Bahan (Ingredients):

Bahan A
1 Kg tepung gandum
1 Ketul buttercup
2 Biji telur
2 Biji kuning telur (untuk disapu)
2 Sudu teh esen vanila
2 Sudu teh esen nenas
Majerin untuk melembutkan doh

Bahan B
1 Biji nenas
1 ½ Cawan gula
4 Kuntum bunga cengkih
Sehelai daun pandan

Cara memasak (Cooking Instruction) :

Gaulkan semua bahan A dan uli hingga lembut untuk dijadikan doh.

Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan.

Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.

Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.

p/s: Di dalam doh tidak perlu di letakkan gula, kerana jem nenas sudah mempunyai rasa manis.



No comments: