Bahan-Bahan:
½ kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
Isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa
Cara menyediakan:
1. TEPONG GANDUM itu dibahagi 2 bahagian.
2. Bahagian pertama hanya tambah air garam saja tapi tidak terlalu banyak garam. Bahagian kedua pula ditambah majrin/lemak sayur.
3. Selepas itu, bahagian pertama digumpal jadi bebola manakala bahagian kedua pula bulat-leper. Bebola diletak atas bulat-leper dan bulat leper itu jadi pembalut.
Untuk membuat intinya:
1. Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.
2. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/ gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
3. Sedia utk membuat karipap.
Tips tambahan:
1. Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.
2. Mentega juga poleh digunakan.
No comments:
Post a Comment