Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut
1 tin santan (400ml) - jgn campur air
1 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
Cara-cara :
- Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau sehingga pulut bertukar warna kuning.
- Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak.
- Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata.
- Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.
No comments:
Post a Comment