Nuffnang

Tuesday, September 9, 2008

Cucur Udang

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 3/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji cili merah – jika suka (cincang halus/tumbuk kasar)
Ikan bilis/udang kecil/udang kering - pilih satu atau semua jika suka (tumbuk kasar)
Bawang merah/besar - jika suka (dimayang)
Daun bawang/taugeh/lobak merah – jika suka (karot dimayang halus atau diparut)

Cara:

1. Bancuh semua bahan kecuali gandum
2. Kacau hingga nampak sedikit berbuih.
3. Masukkan gandum semua sekali.
4. Sebatikan dan siap untuk digoreng.
5. Makan bersama dengan sos

Biskut Arab

Bahan-bahannya:

1 peket tepung gandum
1 cawan tepung susu ( penuh kirim )
1 cawan gee
1 cawan planta
3 cawan gula yang dimesin halus

Caranya:

1. Tepung gandum digoreng terlebih dahulu sehingga kekuningan jgn terlalu garing.
2. Ayak tepung gandum tadi, masukan tepung susu dan gaulkan.
3. Masukkan sikit demi sedikit gee (minyak sapi) dan planta gaul sehingga ia menjadi doh. Sekiranya doh tidak cukup lembut boleh tambahkan gee atau planta.
4. Kemudian buat bentuk bulat dan bakar lebih kurang 10-15 minit (ini kerana
tepung tadi telah digoreng) sehingga ia masak.
5. Keluarkan dari oven dan terus masukkan ke dalam gula yang telah dimesin (serbuk). Gaulkan ia semasa masih
panas.

Cekmek Molek









Bahan-bahan ( 12-13 biji )


2 cawan ubi keledek (yg telah direbus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Tuesday, August 26, 2008

Bubur Lambuk

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 liter air
150 g beras
5 cm halia dihiris kasar
2 batang serai dititik
1/2 camca teh halba
100 ml pati santan daripada 1/2 biji kelapa
2 helai daun kunyit dihiris nipis
5 keping cendawan hitam direndam dan dihiris
Garam dan lada putih secukup rasa
Bawang goreng dan daun bawang.

Cara membuatnya:

1. Rebus ayam bersama separuh sukatan air hingga ayam empuk. Sejat dan siat-siatkan dagingnya.
2. Didihkan air rebusan ayam tadi dan masukkan baki air bersama beras, halia, serai dan halba. Masak hingga beras kembang.
3. Masukkan santan, daun kunyit dan cendawan. Kacau hingga mendidih.
4. Bubuh garam dan serbuk lada putih bersama-sama isi ayam.
5. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.

Kuih Bakar Hijau

Bahan-bahan

1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula
1 mangkuk telur
1 ½ cawan santan
7 helai daun pandan
sedikit bijan
sedikit minyak sapi

Cara-cara

  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
  2. Mesin santan bersama daun pandan kemudian tapis.
  3. Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan santan.
  4. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga rata.
  5. Panaskan acuan yang disapu minyak dalam ketuhar.
  6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan bijan.
  7. Bakar hingga masak.

Kuih Raya : Bangkit Santan

Bahan-Bahan:

340 g tepung ubi
95 g tepung gandum
37 g gula halus
3 biji kelapa (santan pekat)
3 helai daun pandan
2 biji telur
Sedikit garam

Cara:

1. Masak santan, gula halus, daun pandan dan garam hingga pekat.
2. Kacau selalu supaya tidak bergentel. Satukan tepung ubi dan tepung gandum.
3. Goreng tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan sejukkan.
4. Tuangkan santan dan telur ke dalam tepung tadi. Uli hingga sebati.
5. Canaikan doh ini dan terapkan dengan acuan.
6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga biskut masak.

Kuih Raya : Biskut Suji

Bahan-Bahan:

250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara:

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.

3. Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.

4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.

5. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.


Kuih Raya : Biskut Badam Berkismis

Bahan-Bahan:

1 ¼ cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
½ cawan badam halus
½ cawan kismis hitam
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
Tepung gandum ikut lembut

Cara:

1. Pukul rata mentega dan gula.
2. Masukkan telur dan kacau lagi.
3. Campur semua bahan lain dan tepung sedikit-sedikit hingga adunan lembut dan boleh dicanai.
4. Terap ikut acuan disukai.
5. Sapu kuning telur dan hiasi dengan badam.