Nuffnang

Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts

Monday, September 22, 2008





Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies ):

250gm cornflakes (kotak kecil)
125gm butter (1/2 buku)
1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
5 sudu makan madu/golden syrup
manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter.
  2. Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu/golden syrup.
  3. Adun sampai rata.
  4. Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 min atau sampai dasar kekuningan

Biskut Coklat Chips





Bahan-bahan:

180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang

Cara-cara:

  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2).
  6. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan ke atas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.
  7. Boleh tambah badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu) sebagai bahan tambahan.

Biskut Mama Carries




Bahan-bahan ( 50 Biji ) :

250g mentega
350g tepung gandum
100g gula aising
150g tepung jagung
1 camca teh esen vanilla

Bahan untuk Topping :

125g gula aising
1/2 putih telur
1/2 sudu teh tepung jagung
emulco yg digemari ( sy guna strawberry & pandan emulco)

Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula aising. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga gebu.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
  3. Terap doh setebal 1/2cm menggunakan cookie cutter yg disukai.
  4. Susun biskut di dalam tray yg telah dialas dengan kertas minyak.
  5. Sapukan topping diatas biskut (boleh guna jari untuk hasil yg baik)
  6. Kemudian, hiaskan topping dengan emulco kegemaran anda.
  7. Bakar pada suhu 150 C selama 17 - 20 minit.
Cara membuat Topping :
  1. Campurkan kesemua bahan2 diatas dan kacau sehingga sebati.

Kuih Raya : Almond London

Bahan bahan:

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat masakan

Cara :

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang di dalamnyer.
  7. Letakkan di atas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Tuesday, September 9, 2008

Biskut Arab

Bahan-bahannya:

1 peket tepung gandum
1 cawan tepung susu ( penuh kirim )
1 cawan gee
1 cawan planta
3 cawan gula yang dimesin halus

Caranya:

1. Tepung gandum digoreng terlebih dahulu sehingga kekuningan jgn terlalu garing.
2. Ayak tepung gandum tadi, masukan tepung susu dan gaulkan.
3. Masukkan sikit demi sedikit gee (minyak sapi) dan planta gaul sehingga ia menjadi doh. Sekiranya doh tidak cukup lembut boleh tambahkan gee atau planta.
4. Kemudian buat bentuk bulat dan bakar lebih kurang 10-15 minit (ini kerana
tepung tadi telah digoreng) sehingga ia masak.
5. Keluarkan dari oven dan terus masukkan ke dalam gula yang telah dimesin (serbuk). Gaulkan ia semasa masih
panas.

Tuesday, August 26, 2008

Kuih Raya : Bangkit Santan

Bahan-Bahan:

340 g tepung ubi
95 g tepung gandum
37 g gula halus
3 biji kelapa (santan pekat)
3 helai daun pandan
2 biji telur
Sedikit garam

Cara:

1. Masak santan, gula halus, daun pandan dan garam hingga pekat.
2. Kacau selalu supaya tidak bergentel. Satukan tepung ubi dan tepung gandum.
3. Goreng tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan sejukkan.
4. Tuangkan santan dan telur ke dalam tepung tadi. Uli hingga sebati.
5. Canaikan doh ini dan terapkan dengan acuan.
6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga biskut masak.

Kuih Raya : Biskut Suji

Bahan-Bahan:

250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara:

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.

3. Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.

4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.

5. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.


Kuih Raya : Biskut Badam Berkismis

Bahan-Bahan:

1 ¼ cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
½ cawan badam halus
½ cawan kismis hitam
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
Tepung gandum ikut lembut

Cara:

1. Pukul rata mentega dan gula.
2. Masukkan telur dan kacau lagi.
3. Campur semua bahan lain dan tepung sedikit-sedikit hingga adunan lembut dan boleh dicanai.
4. Terap ikut acuan disukai.
5. Sapu kuning telur dan hiasi dengan badam.

Tuesday, October 9, 2007

Kuih Siput

Bahan :

1kg tepung gandum
300gm tepung ubi
2 biji telur
1 sudu makan cili boh
5 sudu makan serbuk kari
1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
garam secukup rasa
ajinomoto penambah perisa

Cara:
Masukan kesemua bahan tadi kecuali margerin, gaul hingga semuanya sebati, kemudian masukan margerin tadi, uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.

Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput, buat hingga tepung habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.

Anggaran untuk 1 1/2kg.

Batang Buruk

Bahan:

Kulit popia
2 sudu besar gula
4 sudu besar nestum honey
6 sudu besar susu powder

Cara :

Sekeping kulit popia dipotong 4*3
Kemudian gulung ikut straw dan digoreng
Selepas digoreng, biarkan ia sejuk dahulu.
Bagi bahan-bahan tadi, nestum dan gula dikisar sehingga betul2 halus.
Masukkan susu powder pada adunan tadi dan dikisar sekali lagi.
Ambil popia yang dah sejuk dan digaul dengan bahan-bahan yang dikisar tadi. Siap untuk dihidang.

Monday, October 1, 2007

Kuih Raya : Semperit

Bahan :

6 sudu tepung gandum.
3 sudu tepung kastard.
1/2 sudu tepung jagung.
3 sudu gula halus.
5 sudu marjerin.
1/2 sudu teh baking powder.
1 biji telur ayam..

Cara :

Tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung di ayak dengan baking
powder. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang dan putih.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan marjerin dan uli hingga
sebati.

Masukkan kedalam acuan samprit dan tekan ke atas dulang pembakar.

Hiaskan dengan ceri yang telah dipotong kecil ke atasnya.

Kuih Raya : Biskut Arab

Bahan :

1 paket tepung gandum
1 cawan tepung susu ( penuh kirim )
1 cawan gee
1 cawan planta
3 cawan gula yang dimesin halus

Cara :

Tepung gandum digoreng terlebih dahulu sehingga kekuningan jgn tertalu
garing.

Ayak tepung gandung tadi, masukan tepung susu dan gaulkan. Masukan sikit
demi sedikit gee (minyak sapi) dan planta gaul sehingga ia menjadi doh.
Sekiranya doh tidak cukup lembut boleh tambahkan gee atau planta..

Kemudian bulat bulatkan mcm guli dan bakar lebih kurang 10-15 minit (ini kerana
tepung tadi telah digoreng) sehingga ia masak keluarkan dari oven terus
masukan dalam gula yang telah dimesin (serbuk). Gaulkan ia semasa masih
panas.

Kuih Raya : CRISPY CORNFLAKE CHOCOLATE

Bahan :

280 g cornflakes
180 g madu
140 g mentega
100 g hirisan badam, dibakar
200 g coklat masakan dicairkan atas 'double-boiler


Cara memasak:

Cairkan mentega dan madu kemudian biar sejuk. Gaul dengan cornflakes dan badam. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar pada 150 C selama 10 minit. Bila sejuk, titiskan coklat cair di atasnya sebagai hiasan.



Kuih Raya : Tat Nenas Gulung

Bahan (Ingredients):

Bahan A
1 Kg tepung gandum
1 Ketul buttercup
2 Biji telur
2 Biji kuning telur (untuk disapu)
2 Sudu teh esen vanila
2 Sudu teh esen nenas
Majerin untuk melembutkan doh

Bahan B
1 Biji nenas
1 ½ Cawan gula
4 Kuntum bunga cengkih
Sehelai daun pandan

Cara memasak (Cooking Instruction) :

Gaulkan semua bahan A dan uli hingga lembut untuk dijadikan doh.

Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan.

Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.

Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.

p/s: Di dalam doh tidak perlu di letakkan gula, kerana jem nenas sudah mempunyai rasa manis.